"..AlaM GhAiB PeNuH MisTiK...!!!

Tuesday, May 8, 2007

PENGIKTIRAFAN


Inilah 'surat pengiktirafan' yang telah diberi oleh Sheikh Wahid kepada Al-Fadhil Ust Syarhan At-Tobibi. Dan diterjemah tulisannya kedalam bahasa malaysia. Buku yang dimaksudkan itu ialah, Wiqayatul Insan Minal Jinni Wa As-Syaitan dan Asorimu Al-Battar, kitab hasil karangan Sheikh Wahid sendiri. Setelah mendapat pengiktirafan dari Sheikh Wahid, Al-Fadhil Ust Syarhan mengambil anisiatif sendiri untuk menghasilkan juga sedikit kajian ilmiah berkenaan dengan ilmu ini, maka dia membuat kajian berupa kertas kerja. Kertas kerja-kertas kerja itu telahpon dibentangkan diperingkat Persatuan Mahasiswa di Mesir iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Kertas kerja- kertas kerja ini telahpon dikaji selidik oleh pihak MANHAL PMRAM sebelum dibentangkan.

Selepas mendapat kelulusan daripada pihak MANHAL PMRAM, pihak ust Syarhan telahpon mengumpulkan kesemua kertas kerja-kertas kerjanya lalu dibukukan. Buku itu dibantu oleh usaha anak-anak muridnya yang diketuai oleh ust Fakhrul Ridza (ust Hayat). Buku tersebut telahpon berada dipasaran Malaysia pada tahun 2004 yang lalu. Dan pada tahun 2005 buku tersebut dikemaskinikan dan diterbitkan sekali lagi di Mesir dengan izin terbit Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Semoga buku ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada para muslimin dan juga kepada mereka yang bercita-cita tinggi untuk mendalami ilmu perubatan islam ini.

Perlu diingat...!!! Selangkah mempelajari ilmu ini, nama kita akan di'blacklist' di dalam komputer kerajaan JIn. Itulah tandanya kita mengESAkan Allah, tanpa kita menyukutukan-NYA. Semoga diberi Nusrah dari-NYA..

Amin.

posted by MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI at 2:19 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home