"..AlaM GhAiB PeNuH MisTiK...!!!

Sunday, May 20, 2007

Bagaimana jika terkena SIHIR?

Berita Harian
20 Mei 2007 (Ahad)

KUALA LUMPUR: “Saya tidak boleh mendengar azan, apatah lagi bacaan al-Quran. Semua itu membuatkan tubuh saya panas!” Itu pengakuan seorang wanita berusia lewat 20-an yang hampir dua tahun keluar daripada agama Islam.

Cuma mahu dikenali sebagai Sarah, wanita itu kini berusaha untuk kembali kepada Islam sejak dua bulan lalu selepas menghuni sebuah pusat perlindungan di pinggir Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan eksklusif dengan Metro Ahad, Sarah bukan saja berkongsi kisah bagaimana dia keluar daripada Islam, tetapi turut mendedahkan ramai orang Melayu beribadat di rumah ibadat agama lain yang dianutinya.

Ikuti temubual TUAN ASRI TUAN HUSSEIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN bersama Sarah.

S: Apa yang anda rasa selepas meminum air itu?

J: Ketika itu saya semakin pasti saya sudah meninggalkan Islam. Saya tahu ungkapan kalimah syahadah, tetapi entah mengapa saya tidak boleh melafazkannya. Saya tidak boleh mendengar azan, apatah lagi bacaan al-Quran.Semua itu membuatkan tubuh saya panas. Bila dengar azan di televisyen, saya cepat-cepat matikan televisyen. Kalau dengar azan dari masjid atau surau, saya lari masuk ke dalam tandas.

S: Kenapa?

J: Saya tak boleh dengar, kepala saya rasa sakit dan badan rasa panas. Sejak itu juga saya meninggalkan semua ajaran Islam. Tidak sembahyang... tidak puasa.

..dan banyak lagi soal jawab yang dapat dikupas.
Rujuk :http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20070520110752/Article/indexm_html


Apa itu SIHIR?

Bila sebut tentang SIHIR, ramai orang mengaitkan kepada buatan orang dan sebagainya. Sebenarnya SIHIR berpunca dari campurtangan JIN atau Syaitan yang berjaya mengawal seseorang yang telah disihir. Konteks masyarakat Malaysia, sifat irihati dan hasad dengki masih ada yang kadang-kadang walaupun sesama islam sanggup menyakiti sesama sendiri. Apatah lagi orang yang tidak menganuti Agama Islam yang adil ini. Sifat hasad dengki ini amat payah dihakis . Asal sahaja tidak bersetuju dan tidak berpuas hati pada seseorang, mulalah mencari jalan untuk menyakiti seseorang tersebut dengan pelbagai cara.

Begitu juga kes yang berlaku pada saudari sarah diatas, dia terkena sihir akibat daripada meminum AIR HITAM (Holy Water) kristian.

Mengapa dia tidak boleh mengucap?

Sarah tidak boleh mengucap disebabkan JIN telahpun menguasai badannya sehinggakan tidak mampu mengucap dengan iklas dan sempurna. Sebenarnya JIN telah menetap dibadannya. Kemungkinan Jin berada disaluran darah, kadang-kadang dia menetap dan duduk disalah satu sudut anggota badan, contohnya tangan, kaki, dada, kepala dan mungkin juga di bahagian kemaluan.

Kenapa dia lari ke Tandas apabila terdengar Azan dan juga bacaan Alquran? Kenapa tidak dia hanya menutup telinganya ataupon berkurung di dalam bilik?

Ini kerana apabila badannya dikuasai oleh JIN maka JIn tersebut tidak mampu mendengar kalimah Azan tersebut. Selalunya JIN yang menetap ditubuhnya ialah dikalangan JIN kafir yang bukam Islam. Dia lari ke tandas kerana Tandas adalah tempat yang disukai oleh JIn kafir. Sebab itu kita tidak digalakkan berada di dalam tandas terlalu lama. Hanya menguruskan perkara yang berhajay sahaja. Dan perlu cepat-cepat keluar dari tandas. Ini kerana JIN yang berada di dalam Tandas memerhatikan tindakan kita. Sebab itu dianjurkan oleh Islam apabila seseorang itu hendak masuk Tandas kerana berhajat sesuatu maka disunatkan membaca doa.

" Allahumma inni 'Auzubika MInal Khubsi Wal Kabaais"

Bermaksud : Wahai tuhanku. Aku berlindung dengan Mu dari kejahatan syaitan jantan dan betina.


Bagaimana jika terkena SIHIR?

Ambil sebekas air. dan bacakan pada air tersebut dengan Ruqyah dibawah, setelah membaca kemudian tiupkan pada air tersebut dengan sehalus mata jarum. Semasa meniup air jampi tersebut niatkan ini bertujuan untuk berubat, dan 'memujuk' air tersebut jadi penawar Sihir (air juga Makhluk Allah), moga-moga dengan bacaaan Ayat Al-Quran yang kita bacakan tadi sebagai penyembuh, dan harapan kita yang memuncak untuk sembuh kepada Allah:

1 SURAH AL FATIHAH : AYAT 1-7
2 SURAH AL BAQARAH : AYAT 1-5
3 SURAH AL BAQARAH : AYAT 102
4 SURAH AL BAQARAH : AYAT 163-164
5 SURAH AL BAQARAH : AYAT 255
6 SURAH AL BAQARAH : AYAT 285-286
7 SURAH AL IMRAN : AYAT 18-19
8 SURAH AL A'RAF : AYAT 54-56
9 SURAH AL A'RAF : AYAT 117-122
10 SURAH AL YUNUS : AYAT 81-82
11 SURAH AL TOHA : AYAT 69
12 SURAH AL AL MU'MINUN : AYAT 115-118
13 SURAH AS SOFFAT : AYAT 1-10
14 SURAH AL AHQOF : AYAT 29-32
15 SURAH AR RAHMAN : AYAT 33-36
16 SURAH AL HASYR : AYAT 21-24
17 SURAH AL JIN : AYAT 1-9
18 SURAH AL IKHLAS : AYAT HINGGA HABIS
19 SURAH AL FALAQ : AYAT HINGGA HABIS
20 SURAH AN NAS : AYAT HINGGA HABIS

Al-Wiqayah Khairun Minal 'Ilaj
Mencegah lebih baik dari mengubat..

Langkah mencegah diri dari terkena sihir ialah:

1) Membaca Mathurat (Wazifatul Kubra atau Wazifatul Sughura) pada setiap pagi dan petang.

2) Membaca Kalimah Lailaha illah Wahdahu Lasyarikalah Lahul mulk Walahul Hamd Yuhyi Wa yumit Wahuwa 'Ala kulli Syai in Qadir..sebanyak 10kali selepas solat subuh.

InsyaAllah, kita memohon pertolongan dan perlindungan Allah S.W.T daripada terkena Sihir tersebut.
posted by MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI at 8:22 AM

4 Comments:

sihir memang satu unsur jahat yang halus..saya juga terkena..kawan sekelas yang kenakan saya..entah lah apa niat dia.. memang makan dalam...luaran kita nampak sihat tapi dalaman hanya Allah ja yang tahu betapa siksa diri...

April 30, 2009 at 12:34 AM  

teman lelaki sy ada mgunakn sihir ke atas sy..sy berubat ke Darussyifa`...sy suruh dia berubat skali ms tu..tp dia xnk...dia kt jgn pksa....bole jd gado..apa salahnya dh alang2 di sna..mintak ayat2 pendinding diri ke kan....hipokrit..kt xpcya dgn bnda2khurafat...tp rupanya dia yg pkai...

October 27, 2009 at 7:52 PM  

kat tempat saya ada seorang yang mengamalkann sihir, dimana ramai orang kampung telah melihat sejenis makhluk seperti manusia setinggi sejengkal, ada yang mengatakan makhluk itu ialah toyol atau pun anak kerak. setiap malam selasa dan malam jumaat akan ada bau seperti kemenyan apabila lalu di kawasan rumahnya, mungkin masa itu dia sedang menjampi amalannya. dia juga menggunakan minyak orang mati dibunuh (minyak mati bunuh/minyak dagu) untuk tujuan mengkhinati orang, apabila mangsa tersebut sakit dia berpura2 merawat mangsa tersebut. dia juga boleh melakukan SANTAU kepada mangsa-mangsanya, bagaimanakah cara supaya segala perbuatan yang dia lakukan tersebut tidak terkena kepada orang lain dan supaya terkena kembali kepada diri dia sendiri. nama dia ialah Roslan Bin Li dan nama emak dia ialah Bidah. no tel dia 0111 9311898

December 3, 2012 at 6:52 PM  

saya baru shaja hbis blajr dan pulang ke kanmpong,dalam masa sbulan di rumah trdpt pelbagai gangguan yang saya telah alami ketika sya berada dirumah.slps kejadian itu sya rsa skit2 di bhagian dada dan kadang2 terasa satu tangan yang berada di leher saya..saya pegi berubat dgn seorang ustaz alhamdulillah,sya shat..tetapi bnda itu macam xnk lepaskan saya..skit berulang kembali..kadang2 skit kadang2 ok..sya bingung, smpy skrg dh hampir 11 bulan saya skit mcm ini..walaupon sya dh sebulan brhijrah ke bandar,tpi rse tkut nk kembali ke kampong..

December 4, 2012 at 1:03 AM  

Post a Comment

<< Home