"..AlaM GhAiB PeNuH MisTiK...!!!

Wednesday, May 23, 2007

Minyak Pengasih...!!

Guna minyak sihir pikat isteri orang.

Harian Metro
23 Mei 2007
SEREMBAN: Seorang lelaki dikatakan menggunakan sejenis minyak dipercayai disihirkan untuk memikat isteri orang lain sebelum mengikis wang dan harta benda mangsa.

Lelaki berusia 30 tahun itu menggunakan taktik menyapu minyak berkenaan di bawah gelas air yang bakal diminum mangsa sebelum wanita terbabit menurut semua kehendaknya.

Rujuk :http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20070523111901/Article/indexm_html




Apa itu 'Minyak Pengasih' ?

Istilah 'Minyak pengasih' amat terkenal di dalam masyarakat Malaysia. Ia adalah sejenis bahan yang digunakan untuk "memikat" hati seseorang agar dapat menimbulkan rasa kasih kepadanya dan sanggup berbuat apa sahaja kerananya.

Adakah minyak ini diambil dari Minyak Masak atau lain-lain minyak?

Minyak pengasih adalah sinonim dengan minyak dagu dan lain-lain. Sebenarnya ianya dari campurtangan JIn yang mampu membuatkan seseorang terpengaruh kepada tuan yang empunya minyak. Kaedah pembuatan minyak ini juga dari kaedah sihir. Ramuan yang digunakan ialah kadang-kadang terdiri daripada bahan-bahan yang kotor dan berbisa. Contohnya seperti miang buluh, bisa ular, air liur katak, dan sebagainya. Kesemua bahan-bahan ini dicampurkan dan kemudiannya diperam dengan masa yang lama dan seterusnya dipuja dengan kaedah sihir. Selalunya pengamal minyak pengasih ini menyimpan di dalam botol kecil, bagi memudahkan dibawa kemana-mana.

Apabila minyak tersebut berkurangan selepas kekerapan penggunaan, maka kaedah pemujaan JIn dilakukan semula oleh pengamal tersebut ataupun bomoh yang mereka dapatkan. Setiap kali upacara pemujaan, darah ayam atau darah tuan itu sendiri disediakan untuk makanan kepada JIN yang berada di dalam adunan tersebut.

Awas...!!

Kesan-kesan negetif setelah terkena dengan minyak pengasih ini ialah:
1) Terasa minat dan kasih kepada si pengamal minyak pengasih tersebut.
2) Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan.
3) Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.
4) Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak pengasih.

Kaedah & Tektik 'kotor' mereka...!!!
Bagi memastikan sihir dan ramuan SIHIR mereka menjadi, kebanyakan mereka akan menyapu minyak tersebut pada mana-mana anggota badan si mangsa. Dan selalunya mereka menyapu pada nadi atau urat darah. Ini kerana apabila mangsa disapu minyak pada bahagian tersebut maka secara cepat JIn akan bertindak terus masuk kedalam perjalanan darah mangsa dan seterusnya menguasai diri mangsa. Pada ketika itulah mangsa akan terasa ngairah dan suka kepada si pengamal tersebut.

Kebanyakan mereka yang mempunyai minyak pengasih ini mencari mangsa ditempat-tempat awam. Malah amat kerap berlaku kedai-kedai makan awam. Kadang-kadang si peniaga ingin mencuba minyak pengasihnya, dan kadang-kadanag ada juga yang datang dari pelanggan disapu kepada pelanggan lain. Kebanyakan mereka adalah bertujuan mendapat manfaat daripada mangsa. Tidak kira lelaki atau wanita akan mendapat nasib yang sama apabila terkena. Kebanyakan cara ini popular diamalkan dikawasan bandaraya dan juga kawasan yang dianggap maju. Kes-kes ini kerap berlaku di negeri 9 , selangor, pahang dan lain-lain.

Benteng Diri daripada SIHIR ini..
Antaranya ialah:
1) Membaca Ta'awuz dan Basmalah pada setiap kali menjamah makanan.
2) Mengamalkan Mathurat pagi dan petang.
3) Ketika hendak makan atau minum, baca "Bismillahillazi layadhurruhu ma'asmihi syai un, fil ardhi wala fissamaak, wahuwassami' ul 'alim" sebanyak 3kali.

Pernah seorang pengamal ayat ini minum petang disalah sebuah kedai minum. Dia memesan kopi panas untuk diminum disitu tanpa membungkus. Ketika ingin minum kopi tersebut dia membaca ayat diatas sebanyak 3 kali. Maka dengan izin Allah Taala, belum sempat cawan itu sampai kebibirnya, tiba-tiba cawan itu pecah dibahagian punggungnya. Rupa-rupanya tuan kedai itu ingin mencuba ilmu SIHIR terhadap nya...Subhanallah..

4) Kenal pasti air yang disihir.
Kaedahnya ialah:
i- Jika air panas, minuman yang disantau, kita akan dapati air tersebut sejuk dibahagian bawah cawan, dan panas dibahagian atas.

ii - Jika air sejuk, kita akan dapati air tersebut panas dibahagian punggung cawan dan sejuk dibahagian atas.

Seeloknya semasa kita mengangkat cawan tersebut, letakkan jari manis dibawah cawan untuk merasai suhu air dengan mengikut kaedah diatas. Jika cawan tersebut bertangkai, maka elakkan mengangkat dengan memegang tangkai. Ini bertujuan untuk mengenalpasti suhu air didalam cawan tersebut.

Semoga kita terhindar daripada gangguan dan kejahatan makhluk ini dari pelbagai arah atau sudut yang sehingga boleh membunuh amalan dan jiwa pengabdian diri kita daripada beribadah kepada Allah.

Manusia Tidak punya apa-apa, semua Allah punya..!!

posted by MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI at 12:40 PM

3 Comments:

macam mane nak tau jika ada "kawan" kita gunakan minyak pengasih ke atas kita?

July 26, 2008 at 12:59 AM  

Saya pun ingin bertanya soalan sama

October 20, 2017 at 3:01 AM  

Zaman sekarang lg pelik ada lihat ni.. Anda mempunyai masalah hubungan?ditinggalkan kekasih?suami atau pasangan anda curang?musuh anda untuk dihapuskan?teman sepejabat?pegawai atasan?jiran rumah?saudara?jarak jauh atau dekat..pihak kami menyediakan pelbagai keilmuan dan barangan mistik bagi menyelesaikan segala masalah anda dengan pantas..kami menyediakan pelbagai khidmat ilmu kebatinan sama ada yang bersifat hitam mahupun putih.sila layari blog kami.
https://pawangsantau.blogspot.com/?m=1

July 26, 2018 at 11:21 AM  

Post a Comment

<< Home