"..AlaM GhAiB PeNuH MisTiK...!!!

Saturday, June 2, 2007

Rawatan Jika terkena Patukan Ular..



Kisah ini hasil dari pengalaman salah seorang anak Murid Dato' Harun Din. Semoga diberi manfaat kepada kita semua..


Kaedah Rawatan:

a.Surah Al-Fatihah
b.Bismillah Tujuh seperti berikut ;




Terjemahan Doa Bismillah Tujuh


1.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
2.Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.
3.Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.
4.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.
5.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.
6.Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia.
7.Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.


Allah adalah sebaik-baik Pemelihara, dan dia maha mengasihani dari segala-galanya. Dan telah berselawatlah Allah ke atas penghulu kami nabi Muhammad juga ke atas kaum keluarga dan sahabatnya dan telah selamatlah.


Setelah doa ini dibaca, Azman meniup pada air dan pada tempat di patuk ular. Dia memberi minum air tersebut kepada Aiman. Dia meminta Aiman minum seberapa banyak yang mungkin air tersebut. Kemudian Azman menyapu air tersebut di tempat dipatuk ular tersebut. Sebagai ikhtiar tambahan Azman meminta sehelai tuala kecil berwarna putih. Tuala tersebut dibasahkan dengan air yang telah didoakan tadi kemudian dibalut di tempat bekas patuk ular tersebut.

Azman berpesan kepada Azizi dan Pak Dol supaya menjaga beberapa pantang iaitu;

1.Jangan dibawa ke hospital setelah diberi minum air yang telah didoakan ini. Kerana air tersebut dengan izin Allah telah menjadi penawar kepada racun bisa ular tersebut, jika di bawa ke hospital, akan diberikan suntikan bisa ular yang akan menyebabkan orang yang telah sembuh akan kembali sakit dan boleh membawa maut.

2.Selama 40 hari elakkan daripada memakan pisang emas (pisang lain tak mengapa) dan juga pulut (atau apa sahaja yang dibuat daripada pulut). Kalau makan juga, ia boleh menyebabkan tempat patukkan menjadi bengkak walaupun bisa telah tiada.


Rujukan :
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=16
posted by MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI at 2:37 PM

2 Comments:

salam.

saya merupakan anak jati kendah tapi bekerja dengan kerajaan negeri pulau pinang.

just nak tau, berapa lama ya kalau nak abiskan satu-satu kursus kat al-azhar coz saya sedang menulis berkaitan perkara berkaitan, kalau universiti dalam malaysia dah boleh agak....tapi al-azhar tak ada kawan yang kesana, 2 sepupu saya pernah berlajr di jordan tapi dah dewasa ni dah jaran-jarang jumpa, lagi pun lelaki susahlan sikit nak communicat.

sekadar utk pengetahuan saya.
harap boleh respon.

terima kasih
syah, penang.

March 8, 2010 at 3:45 PM  


شركة المثالية للتنظيف

May 11, 2018 at 4:05 AM  

Post a Comment

<< Home