"..AlaM GhAiB PeNuH MisTiK...!!!

Saturday, June 2, 2007

Pendinding ketika hendak memasuki Hutan.


Gambar hiasan.

Bismillah walhamdulillah...wa ba'du.

Hutan diantara tempat yang disukai oleh makhluk Halus. Tak kira JIn kafir atau islam, mereka lebih suka berkampung di dalam hutan. Ini kerana hutan adalah tempat yang sunyi dari penempatan manusia.

Jika kita memasuki kawasan mereka (hutan), maka kita perlu berlindung dengan Allah S.W.T daripada terkena niat jahat mereka terhadap kita. Tidak lupa juga, kita perlu bertujuan dengan baik apabila memasuki kawasan mereka dengan tidak berbuat maksiat dan sebagainya.

Kadang-kadang apa yang kita terjumpa di dalam hutan adalah barang-barang kepunyaan mereka (Jin). Mungkin ini kerap berlaku sehinggakan ada yang marah kepada kita dan dengan mudah akan membalas dendam kepada kita.

Pernah diceritakan seorang yang telah memasuki hutan. Dia tersepak tunggul kayu yang mneyebabkan dia jatuh tersungkur. Apabila sekembalinya ke rumah dia seolah-olah dirasuk hantu. Rupa-rupanya setelah dirawat oleh seorang pngamal perubatan islam, dia telahpon majnun (diJINkan) oleh sebuah keluarga JIN. Semasa rawatan dilakukan terhadapnya, Mu'alij (perawat) dapat berdailog dengan JIN tersebut. Apabila ditanya kenapa merasuki badan manusia ini?. Maka jawab JIn tersebut, dia merasuki manusia tersebut disebabkan berasa marah kerana telahpun menyepak dapur masaknya yang dikatakn tunggul kayu tadi. Lalu diberi peringatan kepadanya bahawa manusia itu tidak sengaja dan tidak tahu akan hal demikian. Jin tersebut akur dan meninggalkan jasad manusia tersebut.

Perkara inilah yang perlu kita jaga dengan meminta pertolongan dan penjagaan dari yang maha kuasa yakni Allah s.w.t dengan membaca ayat-ayat ataupun kalimah-kalimah Haq Allah s.w.t.

Berikut adalah bacaan ketika kita hendak masuk ke hutan atau sekiranya kita membuat khemah di dalam hutan, kita 'pagar'kan khemah tersebut dengan ayat-ayat suci di bawah :

1) Al-Fatihah
2) Ataul Qursi
3) ".. Bismillahillazi, Layadhurruhu ma'asmihi syai un, fil ardi, Wala fissamaak, Wahu assami'ul 'aliim.."
4) 3 Qul ( niat pendinding )

- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nass

Semoga usaha kita mendapat inayah dan nusrah dari Allah yang mencipta segalanya.

Allahu Haq!!
posted by MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI at 3:06 PM 3 comments

Betul ke Pelihara Ikan boleh elak ilmu PUKAU?


Sekadar Gambar hiasan.

Soalan

Ustaz, terlalu banyak kejadian kecurian di rumah atau premis perniagaan, pencuri memasuki bangunan tersebut dengan menggunakan apa dipanggil ilmu pukau. Betulkah ada ilmu pukau? Sehinggakan yang tidak tidur pun dipukau juga? Ada kepercayaan bahawa untuk mengelakkan pukau, maka hendaklah dipelihara ikan di dalam rumah. BEtulkah ini ustaz dan bolehkah diamalkan?


FIRDAUS ABDULLAH
Kota Raja, Selangor


Jawapan Oleh Dato' Harun Din.


Saya secara peribadi kurang arif fasal pukau. Kata orang , pukau adalah untuk membuat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya.



Ada juga dikatakan, dipukau orang yang sedang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya.


Hal-hal sebegini acap kali didedahkan kepada saya. Oleh itu sebagai kesimpulan, hal-hal sebigini memang boleh berlaku dalam masyarakat kita. Pukau ini sebenarnya, suatu ilmu atau teknik yang digunakan seperti mana di Barat. Ia dinamakan sebagai ‘hypnotism’ atau disebut dengan istilah ‘hypnotic’.


Kamus dewan merujuk ‘hypnotism’ sebagai memukau atau terpukau, sama juga dengan ‘hypnotic’ yang disebut sebagai renungan yang memukau.


Umum mengetahui bahawa ‘hypnotism’ ada suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk manusia.


Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya untuk menguasai orang lain.


Ia termasuk menidurkan orang yang sedang sedar atau menguasai fikiran orang itu dengan tenungan dan kadang-kadang dengan hembusan. Teknik hembusan juga termasuk dalam salah satu cabang ilmu sihir dengan kekuatan kuasa hembusan yang dikaitkan dengan asosiasi (perhubungan) dengan makhluk halus, maka berlaku penguasaan sepenuhnya atau sebahagian ke atas seseorang.


Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.
Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):


Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-­Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”


Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)


A1-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.


Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.


Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:


“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)


Ayat mi menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga­takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.


Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau mi, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.


Sememangnya apabila berlaku sesuatu yang tidak baik, ada pencegahnya. Disebut dalam perubatan, sebagai vaksin. Saya sendiri tidak pasti apakah dengan membela ikan boleh menghalang atau menghadang dari berlakunya pemukauan.


Pada pemerhatian saya, apa yang berlaku, ada rumah yang membela ikan, dimasuki pencuri dan tuannya sedar. Ada pemilik sebuah kedai ikan (kenalan saya), menjual ikan-ikan hiasan di rumah termasuk ikan kelisa, dicuri orang dalam keadaan beliau dan pekerjanya sedar, tetapi dicuri di hadapan mata.


Sukar untuk dipercayai, sekadar membela ikan boleh menghindari kejadian seperti itu. Bagaimanapun untuk menghindarinya, lebih baik kita rujuk kepada amalan-amalan sunnah.


Seperti yang pernah disebut Nabi (maf­humnya), bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji ajwah (tamar madinah), maka dia tidak akan terkena sihir.


Kesimpulannya untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;


1. Baca doa berikut:

"..Bismillahillazi Layadhurruhu, Ma'asmihi syai un, Fil Ardhi, Wala Fissamaak, Wahuwa Smai'ul 'Aliim.."

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”


2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.


Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

(Petikan dari Harakah Bil.1334)
posted by MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI at 2:46 PM 2 comments

Rawatan Jika terkena Patukan Ular..



Kisah ini hasil dari pengalaman salah seorang anak Murid Dato' Harun Din. Semoga diberi manfaat kepada kita semua..


Kaedah Rawatan:

a.Surah Al-Fatihah
b.Bismillah Tujuh seperti berikut ;




Terjemahan Doa Bismillah Tujuh


1.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
2.Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.
3.Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.
4.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.
5.Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.
6.Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia.
7.Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.


Allah adalah sebaik-baik Pemelihara, dan dia maha mengasihani dari segala-galanya. Dan telah berselawatlah Allah ke atas penghulu kami nabi Muhammad juga ke atas kaum keluarga dan sahabatnya dan telah selamatlah.


Setelah doa ini dibaca, Azman meniup pada air dan pada tempat di patuk ular. Dia memberi minum air tersebut kepada Aiman. Dia meminta Aiman minum seberapa banyak yang mungkin air tersebut. Kemudian Azman menyapu air tersebut di tempat dipatuk ular tersebut. Sebagai ikhtiar tambahan Azman meminta sehelai tuala kecil berwarna putih. Tuala tersebut dibasahkan dengan air yang telah didoakan tadi kemudian dibalut di tempat bekas patuk ular tersebut.

Azman berpesan kepada Azizi dan Pak Dol supaya menjaga beberapa pantang iaitu;

1.Jangan dibawa ke hospital setelah diberi minum air yang telah didoakan ini. Kerana air tersebut dengan izin Allah telah menjadi penawar kepada racun bisa ular tersebut, jika di bawa ke hospital, akan diberikan suntikan bisa ular yang akan menyebabkan orang yang telah sembuh akan kembali sakit dan boleh membawa maut.

2.Selama 40 hari elakkan daripada memakan pisang emas (pisang lain tak mengapa) dan juga pulut (atau apa sahaja yang dibuat daripada pulut). Kalau makan juga, ia boleh menyebabkan tempat patukkan menjadi bengkak walaupun bisa telah tiada.


Rujukan :
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=16
posted by MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI at 2:37 PM 2 comments

Tuesday, May 29, 2007

Adakah anda tahu "Stroke" berpunca dari JIN?

Perkataan Stroke diperolehi dari bahasa Inggeris yang bermaksud penyakit lumpuh atau Angin Ahmar di dalam bahasa Arab.

Kebiasaan penyakit ini menyerang seseorang yang lanjut usia umurnya dan sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, darah pekat (polisitemia) dan sakit jantung.

Menurut perubatan moden lumpuh dikaitkan dengan saluran darah dalam otak pecah atau tersumbat oleh darah beku, atau kolestrol yang mnyekat darah menuju kepada sel-sel otak.

Penyakit angin ahmar atau stroke, jika menyerang akan menyebabkan mangsa menjadi lemah, lumpuh sebelah badan atau keseluruhannya dan boleh membawa kepada kematian. Apa yang pasti serangan penyakit ini memang sukar diramal.

Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauh mana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. Faktor umum penyebab angin ahmar ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi.

Serangan penyakit ini secara tiba-tiba membuatkan mangsa tidak mengalami sebarang tanda amaran kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia mengalami rasa lemah-lemah dan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan.


Pelbagai kaedah rawatan dianjurkan oleh perubatan moden dan pelbagai alternatif yang lain seperti urutan, kawalan pengambilan makanan, tips cara hidup yang sihat serta pelbagai ubat-ubatan untuk mengubati penyakit ini. Namun begitu, dalam perubatan islam mempunyai perspektif dan kaedah rawatannya yang tersendiri bagi menangani masalah ini.



Sejarah doa Rihul Ahmar

Pada suatu ketika cucunda Nabi Muhammad S.A.W telah menghidap penyakit rongga sehingga menyebabkan darah keluar daripada mulutnya. Para sahabat dan Rasulullah S.A.W sendiri telah mendengar tentang penyakit yang sedang dideritai oleh al-Hassan. Tiba-tiba malaikat Jibril A.S datang menemui baginda memberitahu yang cucunda baginda terkena Rihul Ahmar.

Baginda bertanya;

" Wahai saudaraku JIbril, adakah ubat untuknya?"
"Ada!" Jawab Jibril

Malaikat JIbril pon menghilangkan diri sebentar. Kemudian ia muncul dan berkata.

"Bahawasanya Allah S.W.T telah mengurniakan kepada Tuan satu hadiah doa Mustajab. Barangsiapa membacanya biarpun sekali seumur hidupnya, nescaya dia terselamat daripada Rihul Ahmar"

Baginda Rasulullah S.A.W telah membaca doa tadi untuk cucunnya Hassan . Berkat rahmat dan kehendak dari Allah S>W.T Hassan pun sembuh ketika itu juga dan bangun dalam keadaan sihat.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat agar mempelajari doa tersebut dan mengajarnya pada umatnya agar doa itu dapat memberi manfaat kepada mereka, memelihara diri daripada terkena penyakit Rihul Ahmar ini.

Sejarah Rihul Ahmar ini sebenarnya lebih awal daripada itu. Peristiwa kemunculan Rihul Ahmar yang hakikatnya adalah sejenis JIN berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman A.S lagi.

Ketika semua makhluk termasuk binatang dan segala jenis JIn tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S, muncullah seekor JIN yang bernama "Rihul Ahmar" yang enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Besarnya seumpama saiz sebatang pokok.
Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman A.S;

"Siapa kamu?"

Maka dijawab olehnya; "Saya adalah Rihul Ahmar"

Tanpa mahu tunduk tanda hormat, kemudian ia pun terus menghilangkan dirinya kerana enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Ia muncul kembali kepad zaman Rasulullah S.A.W apabila menyerang Saidina Hassan R.A seperti yang diceritakan tadi. Wallahu 'Alam.


Doa Rihul Ahmar

ِبِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُُُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِىأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّيَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّالْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ، يَاإِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ .


Ayat diatas tidak berapa jelas. JIka sesiapa inginkan doa tersebut. Sila emel kepada saya. aljanianji@yahoo.com
posted by MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI at 2:38 PM 10 comments

Bagaimana cara mudah untuk mengelak dari terkena PUKAU...!!

Harian Metro
Rabu, 30 Mei 2007

MARANG: Hanya bermodalkan air liur, seorang lelaki berpakaian kemas dan berlagak alim giat memperdaya orang ramai menggunakan ilmu pukau hingga menyebabkan mangsa menyerahkan barang kemas.

Lelaki itu yang berpakaian kemas dan bercakap ala seorang ‘ustaz’ dan ‘bomoh’ memberitahu boleh membantunya jika mengalami sebarang masalah kesihatan dan pendapatan.

Mangsa, Zubaidah, 30-an, berkata sehari sebelum kejadian, lelaki terbabit datang ke rumahnya dan berpura-pura bertanya mengenai masalah kesihatan dan pendapatan hariannya.

Menurutnya, lelaki itu yang berpakaian kemas dan bercakap ala seorang ‘ustaz’ dan ‘bomoh’ memberitahu boleh membantunya jika mengalami sebarang masalah kesihatan dan pendapatan.

“Ketika bersembang, lelaki itu mengintai ke dalam rumah saya dan jiran sebelum beredar bersama seorang budak lelaki dipercayai anaknya.

“Esoknya, kira-kira jam 9 pagi, lelaki itu sekali lagi datang ke rumah saya.

“Dia muncul di pintu belakang rumah sambil mulutnya terkumat-kumit sebelum menghembus ke arah saya.

“Ketika bersembang dengan lelaki itu, saya tidak sedar menyerahkan gelang tangan kepada lelaki terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Rujuk :

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20070529122634/Article/indexm_html


Bagaimana mengatasi PUKAU?

Berikut adalah amalan "benteng diri" dengan mudah.

1) Sentiasa membaca kalimah " Lailaha Illallah Wahdahu lasyarikalah, Lahul mulk, wa lahulhamd, yuhyi wayumiit, wahuwa 'ala kulli syai in qadir" pada setiap pagi(selepas solat subuh) sebanyak 10kali.

2) Sentiasa beramal dengan bacaan Wazifatul Kubra atau Sughura. Ataupon dikenali sebagai Mathurat. Pada setiap pagi dan petang.

Setiap amalan perlu disertakan dengan tawakal dan keyakinan yang memuncak kepada Allah Taala. Semoga Allah melindungi kita dari kejahatan ini. insyaAllah, dengan izinNya kita terselamat.
posted by MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI at 2:01 PM 0 comments